Monday, July 1, 2013

Corak Berpantun

Salah satu corakyang kita dapat nikmati semasa berpantun ialah menyelit Peribahasa sebagai pembayang maksud. Atau sedikit sebanyak, pembayang kata di rangkapan satu dan dua ada tersirat erti kepada maksud rangkapan tiga dan empat. Ini adalah pantun yang saya coretkan di atas>>>>

1~ Pantunan hamba, sejengkal kail
2~ Tidak sehebat, rangkap yang ada
3~ Dagang pak Malau, mengkuang kecil
4~ Niat terpahat, saudagar kaya

Dari pantun di atas tu, cara saya lyahkan di rangkap 1&2 menunjukan sifat rendah diri. Dan ungkapan 3&4 mencerminkan pak Malau yang jiga berniaga secara kecil-kecilan. TETAPI walau pun berniaga kecil-kecilan, dia ada niat untuk menjadi orang kaya dari peniagaan 'tikah mengkuang' nya itu. DAN bila kita lihat di ungkapan 1&2, walaupun saya sebut yang pantun hamba hanya sejangkal kali, tapi si-hamba tu senantiasa nak menjadi jagoh pantun kerana 'nafsu' nya untuk nak memancing ikan-paus tu tetap tersirat walaupun dgn sejengkal kail.....huhuhu.

Maka elok jika pantun tu kait-mengait dari rangkap pertama hingga terakhir....kerana selain dari 'rythm' yang menyempurnakan pantun, alunan yang tersirat akan memantap kan keseluruhan nya.....

-Sambil bermain kita berpantun
-Dihidang juadah, kueh sebakul
-Kanda mencermin sifat berukun
-Memang tak asing, Melayu unggul




Wallahualambissawwab.

No comments:

Post a Comment