Monday, July 1, 2013

Ilham Pantun Ku

~ Kilauan surya, sinari anjung
~ Cahaya pudar, ruang berandah
~ Walaupun ilmu, penuh setanjung
~ Sifat tak endah, pupus Khazanah

~ Cincin permata gubahan indah 
~ Sama di-utus kayu cendana 
~ Adat budaya usah di-ubah 
~ Kalau putus sambungkan nyawa

~ Kalau ada jarum yang patah
~ Jangan diganti dgn peniti
~ Dengan jiwa harum dan tabah
~ Kalaulah salah, cepat aku'i

~ Dengan jiwa harum dan tabah
~ Ingin ku peluk, gunung merapi
~ Menelan bara, pantang berpatah
~ Adat ku junjung, disanjung tinggi

~ Sayangi kawan, tegur menegur
~ Ke arah matang, saling hormati
~ Ibarat intan, dipukul aur
~ Licin diusap, kilau sekali

~ Cara terbaik berpantun budi
~ Contohi gaya, dek Lydia Honey
~ Bila bersopan, seikhlas hati
~ Hingga akhirat, kan dihormati

~ Dari sengkita, lahirlah mesra
~ Kalau diasuh, cara dewasa
~ Bertepuk tangan, tapak semuka
~ Baru lah nyaring, indah bergema

~ Asuhan pantun, pangkal mentera
~ Pandai dibelai, lentur pembaca
~ Resam bersantun, ramai menduga
~ Bersifat sabar, musuh terlena

~ Pantun ku balas, dgn Bismillah
~ Semangat Alif, bertongkat lidah
~ Santun dihujah, bukan mengalah
~ Berakal arif, itu Khazanah

~ Tamban berenang ke dalam lubuk
~ Renang ke lukah, jadi hidangan 
~ Adat sahabat, jangan berburuk
~ Berbaik sangka, hidup kan aman

- Helang kebulur, mati ke tanah
- Kerana pipit enggan ke awan
- Sifat takhbur dibenci Allah
- Jika tak ubah, hilanglah kawan

~ Alunan pantun, mengikut rasa
~ Getar sepadu, luahan kata
~ Usia di ambang, kalangan senja
~ Mengasuh matang, harap berguna

~ Sulaman sutra, kait di lengan
~ Biku kemboja, manik mutiara
~ Teman sejati, penuh dugaan
~ Saling hormati, kekal slamanya

~ Harimau mati tinggalkan belang
~ Manusia mati meninggalkan nama
~ Khazanah sudut, ilmu disembang
~ Waris dipupuk, lahir legenda

~ Binasa ikan, hilang pedoman
~ Sesuku jahil, di zaman silam
~ Kuatkan iman, di bulan Ramdan
~ Tingkatkan amal, siang dan malam

~ Suran mengukir,  batu bersurat
~ Sejarah Melayu, di awal hayat
~ Elok bersurat, dari tersirat
~ Bicara ikhlas, yakin selamat

~ Antah Berantah tinggi ke awang
~ Nampak dari banjaran Wangsa
~ Bila kupandang dikau sorang
~ Bagai kulihat mahligai syurga.

~ Raut wajah yang sederhana
~ Tiada pangkat tiada harta
~ Senyuman dibibir sentiasa ada
~ Tanda bersyukur, ke Maha Esa

~ Cinta setia pasti kembali
~ Kepada yang elok seikhlas hati
~ Berteka teki bahayakan diri
~ Lain kan harimau, ke naga nanti

~ Retak seribu, piring Turkey
~ Amanah arwah, dijaga rapi
~ Hancur musnah, tiada ganti
~ Pusaka keluarga, hilang begini
~ Tak semua cinta yang abadi..
~ Begitu pun cinta , didalam hati
~ Datang dan pergi bagaikan mimpi
~ Ku bawa diri, ke Ubin nanti


~ Timang dibawah, pohon setanggi
~ Harum udara, haruman tradisi
~ Biarlah timba mencari perigi
~ Itulah dia timba 'sejati'

~ Bunga kemboja, disanggol kiri
~ Hiasan putri, indah sekali
~ Cinta sejati bagaikan sakti
~ Cinta di hati kekal ke mati


No comments:

Post a Comment